X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan perbesar isu pengosongan kerusi Parlimen Batu

Anwar (tengah) pada Konvensyen PKR Kedah, Perlis di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min hari ini.
A
A

KULIM - Semua pihak terutama pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta tidak memperbesarkan isu pengosongan kerusi Parlimen Batu yang disandang oleh P Prabakaran.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya meminta pemimpin parti memberi fokus kepada rundingan melalui saluran rasmi parti agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Perkara ini boleh dirundingkan. Setakat ini dalam pertemuan terakhir saya dengan Tian Chua, isu ini tidak dibangkitkan lagi.

"Perkara ini kita boleh bincang dalam saluran parti, tidak perlu sesuatu hal yang boleh mengeruhkan suasana dan setakat ini tak timbul," katanya ketika ditemui media pada Konvensyen PKR Kedah, Perlis di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan desakan 14 NGO yang meminta Prabakaran melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu selama dua penggal bertanding dalam PRK.

Ia susulan Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu memutuskan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon PRU14 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah tidak sah.

Anwar berkata, ketika ini, PKR tidak meletakkan sebarang tekanan kepada Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran untuk melepaskan jawatan memandangkan ia bukan syarat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Prabakaran telah mendapat mandat dan kita harus hormat manakala Tian Chua pemimpin parti yang penting dan utama, perkara ini boleh dirundingkan," katanya.

Terdahulu, Prabakaran menegaskan, beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen itu dan berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat secara telus serta adil walaupun mnerima desakan untuk berbuat demikian daripada pelbagai pihak.