X

Kindly register in order to view this article
!

Beri Rafizi masa nilai semula keputusan: Anwar

Anwar bersama kepimpinan PKR Kedah dan Perlis pada Konvensyen PKR Kedah Perlis di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min, Kulim hari ini.
A
A

KULIM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia memberi ruang kepada Naib Presidennya, Mohd Rafizi Ramli menilai semula keputusan beliau untuk tidak kembali menyertai politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR bersedia memberi masa kepada Rafizi untuk berfikir agar beliau tidak membuat keputusan secara gopoh.

Menurutnya, perkara itu (tidak mahu aktif berpolitik) sudah diketahui kerana telah diumumkan Rafizi sebelum ini.

"Rafizi kata dia tidak mahu aktif politik selepas keputusan mahkamah. Dia banyak membantu dan saya faham dia seperti Nurul Izzah.

"Kadang-kadang mereka rasa kekacauan kerana mereka mengharapkan sesuatu yang lebih positif berlaku," katanya ketika hadir pada Konvensyen PKR Kedah, Perlis di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min di sini hari ini.

Dalam masa sama, Anwar mengakui Rafizi dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah memberi sumbangan besar kepada parti berdasarkan kepakaran masing-masing.

"Beri mereka fikir dahulu. Kita berikan masa sedikit kerana sikap ini berbeza daripada orang yang berebut-rebut jawatan dan kekayaan," katanya.

Semalam, Rafizi mengumumkan tidak berminat untuk kembali menyertai politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan buat masa ini kerana mahu berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga.