Warga emas maut motosikal bertembung lori

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto: PDRM
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto: PDRM
A
A
A

.HULU TERENGGANU - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah lori di KM6 Jalan Kuala Berang -Sekayu dekat Kampung Bukit Biah pagi tadi

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian pada jam 10.15 pagi itu, mangsa Mat II Deraman, 69, sedang menunggang motosikal dari Kuala Berang menghala ke Sekayu.

"Ketika tiba di lokasi kejadian mangsa yang beralamat di Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang itu cuba memotong sebuah van yang dipandu lelaki berusia 59 tahun sebelum bertembung dengan sebuah lori dari laluan bertentangan.

"Motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kanan jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah," katanya..

Artikel Berkaitan: