‘Tidak sempat elak kereta sebab anjing’

Tangkapan layar video menunjukkan penunggang motosikal telah dikejar oleh anjing dan menyebabkan dia bertembung dengan sebuah kereta yang berada di laluan bertentangan.
Tangkapan layar video menunjukkan penunggang motosikal telah dikejar oleh anjing dan menyebabkan dia bertembung dengan sebuah kereta yang berada di laluan bertentangan.
A
A
A

SHAH ALAM – Gelagat seorang penunggang motosikal yang dikejar anjing sebelum terlibat dalam kemalangan mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh Omar Hanif Ismail di Facebooknya turut memaparkan penunggang motosikal itu bertembung dengan sebuah kereta di laluan bertentangan.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar cuba membantu lelaki tersebut dan haiwan berkenaan lari sebaik sahaja penunggang tersebut dilanggar.

Omar Habif turut memuat naik posting yang memberitahu, “Kesian abang ini kena ligan dengan anjing. Dasar anjing tu,” tulisnya.

Perkongsian video yang berdurasi 30 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 1,200 tontonan dan netizen yang bersimpati dengan kejadian itu berharap pihak berkuasa menangkap anjing tersebut.

Antara reaksi netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa penunggang motosikal tersebut dan mengharapkan agar anjing itu segera ditangkap oleh pihak berkuasa.
Antara reaksi netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa penunggang motosikal tersebut dan mengharapkan agar anjing itu segera ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Mana yang suka sangat back up anjing-anjing ini, pergi ambil anjing-anjing itu, bela dekat rumah dan jangan kasi keluar. Ini nanti kalau kena racun, ahli majlis buat kerja, masa itu pula nanti semua nak menyalak menyalahkan anjing,” tulis Mohd Faizal Masnan.

Meor Harz pula menulis, “Mana puak-puak yang sayang anjing ini. Cepatlah datang tuntut bela, aku geram je mereka yang berlakon jadi baik sangat, ini siapa yang susah? Yang mana puak-puak sayang anjing derma bagi duit dekat abang ini cepat."

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ada di antara netizen menyatakan bahawa anjing yang mengejar penunggang motosikal itu adalah haiwan peliharaan.

“Selalunya anjing kalau yang mengejar orang ini bukan anjing jalanan sebab selalu anjing jalanan dia akan takut orang tetapi ini anjing belaan dia mana tuan dia itu anjing tak tahu ikat anjingnya,” tulis Rahim Din ruangan komen.

Hamzah Nan pula berkata, “Aku rasa anjing ini anjing orang bela sebab aku pernah kena kejar dengan seekor anjing yang tidak diikat oleh tuannya..nasiblah aku lepas kalau tidak tak tahulah apa yang terjadi pada diriku."