Kereta dibaling telur, Prabakaran serah kepada polis

Terdapat serpihan kulit telur di cermin hadapan hingga bonet dan pintu sisi pemandu. Gambar kecil: P Prabakaran
Terdapat serpihan kulit telur di cermin hadapan hingga bonet dan pintu sisi pemandu. Gambar kecil: P Prabakaran
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat," demikian reaksi Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran susulan kereta miliknya dibaling telur dalam kejadian di Batu 4/12 Jalan Ipoh semalam.

Prabakaran berkata, ketika kejadian, dia bertemu dengan beberapa individu di sebuah restoran.

"Kereta yang saya naiki pula diparkir belakang restoran, jadi memang tak nampak apa yang berlaku.

"Saya sedar apabila nak pulang, saya menuju ke kereta. Masa tu saya lihat terdapat seperti serpihan kulit telur pada kereta saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bimbang dengan keselamatannya, wakil rakyat tersebut turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

Dalam masa sama, beliau enggan menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa

"Tentang siapa yang buat tu, saya tak mahu tuduh sesiapa. Itu biarlah polis yang menyiasatnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, S Shanmugamoorthy Chinnah mengesahkan menerima laporan dan siasatan awal mendapati terdapat serpihan kulit telur di cermin hadapan hingga bonet dan pintu sisi pemandu.

Artikel Berkaitan:

"Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.