Ada pemimpin PKR tolak Anwar jadi PM

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tidak menolak kemungkinan pihak yang tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri ke-8 turut terdiri daripada pemimpin parti itu sendiri selain daripada komponen PH.

“Saya sendiri tidak pernah buat bancian untuk kenal pasti siapa dan berapa ramai (tidak setuju Anwar sebagai perdana menteri), tapi kalau presiden PKR beranggapan sedemikian saya percaya ada kemungkinan ia berlaku.

“Kemungkinan itu ada (pemimpin dalam rakan komponen PH termasuk PKR sendiri) tidak bersetuju,” katanya ketika ditemui ditemui sempena lawatan turun padang Datuk Bandar Kuala Lumpur berkaitan isu penyuraian trafik di Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Semalam Anwar yang juga presiden PKR menafikan wujud konspirasi dalam PH untuk menghalangnya menjadi perdana menteri.

Sebaliknya, beliau berkata ada pihak yang tidak bersetuju dirinya dipilih sebagai perdana menteri.

Beliau merujuk laporan Financial Times yang memetiknya sebagai berkata, ada sekumpulan kecil orang dalam gabungan parti pemerintah itu yang mahu ‘mensabotaj rancangan itu’.

Dalam pada itu, Fahmi turut menasihatkan ahli parti supaya tidak bermain politik dan memberi fokus sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Apa yang paling penting untuk kita ialah memberikan perkhidmatan dan fokus kepada kebajikan rakyat, kita mesti selesaikan masalah rakyat sebab itu hari ini kita turun selesaikan masalah bukan untuk politik,” katanya.

Artikel Berkaitan: