Pakistan negara pertama perkenal vaksin baharu kepialu

Seorang kanak-kanak menderita demam kepialu dirawat di sebuah hospital kerajaan di Hyderabad.
Seorang kanak-kanak menderita demam kepialu dirawat di sebuah hospital kerajaan di Hyderabad.
A
A
A

KARACHI - Pakistan muncul negara pertama di dunia memperkenalkan vaksin baharu demam kepialu, ketika negara itu berdepan wabak berkenaan yang berpotensi menyebabkan kematian.

Vaksin itu mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan akan digunakan semasa kempen imunisasi selama dua minggu di selatan wilayah Sindh, kata pihak berkuasa semalam.

Sindh merekodkan lebih daripada 10,000 kes kepialu di Pakistan sejak 2017.

“Kempen dua minggu itu bermula hari ini dengan sasaran kepada lebih 10 juta kanak-kanak berusia 9 bulan hingga 15 tahun,” kata Menteri Kesihatan Sindh, Azra Pechuho.

Vaksin baharu itu disediakan oleh Perikatan Vaksin Sedunia (GAVI) kepada kerajaan Pakistan secara percuma.

Selepas kempen dua minggu ini, ia akan diperkenalkan ke dalam sistem rutin imunisasi di Sindh dan di kawasan lain di Pakistan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pada 2017, 63 peratus daripada kes kepialu direkodkan dan 70 peratus kematian membabitkan kanak-kanak. – AFP

Artikel Berkaitan: