X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat kanak-kanak lelaki autisme lemas ditemui

A
A

BANGI - Mayat kanak-kanak lelaki autisme yang dilaporkan lemas selepas tergelincir ketika bermain di Sungai Merab di sini tengah hari semalam berjaya ditemukan pagi ini.

Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Nik Mohd Fadhil Salleh berkata mayat Noor Adam Faiq Noor Azam, 11, ditemukan pada jam 10.15 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tergelincir.

“Sebaik ditemui, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, seramai 103 pegawai dan anggota terdiri daripada polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula jam 8 pagi tadi.

Semalam Noor Adam Faiq disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kasut serta seluar miliknya ditemui di tebing sungai itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus