(VIDEO) Pandainya kucing 'basuh pinggan'...

Tangkapan layar video yang menunjukkan aksi seekor kucing meniru gaya nenek yang sedang membasuh pinggan. Gambar kecil: Antara reaksi netizen terhibur dengan aksi dan kelakukan kucingnya yang dianggap sungguh comel dan melucukan.
Tangkapan layar video yang menunjukkan aksi seekor kucing meniru gaya nenek yang sedang membasuh pinggan. Gambar kecil: Antara reaksi netizen terhibur dengan aksi dan kelakukan kucingnya yang dianggap sungguh comel dan melucukan.
A
A
A

PORTUGAL – Kucing merupakan haiwan yang amat disayangi oleh kebanyakan masyarakat khususnya pencinta haiwan disebabkan gelagat dan kelakuannya mampu menghiburkan hati yang memandangnya.

Begitulah juga apa yang dirasai oleh seorang nenek apabila ‘si bulusnya’ menunjukkan kelakuan dan aksi pelik setiap kali melihatnya membasuh pinggan seperti seolah-olah kucing milik cucunya itu sudah mengetahui cara-cara untuk membasuh pinggan.

Nenek tersebut yang dikenali sebagai Sandra Queiroz Bolos telah memuat naik video telatah kucingnya itu di laman Facebook yang kini tular di media sosial dan turut memuat naik posting di dalam video tersebut.

”Ini kucing milik cucu saya Rebecca. Cuba lihat apa yang kucing ini lakukan apabila saya sedang mencuci pinggan,” tulis Sandra di Facebook.

Video yang berdurasi 1 minit dan 44 saat itu telah mendapat lebih daripada 4 juta tontonan di Facebook dan 116,000 warganet berkongsi video tersebut dan rata-rata netizen terhibur dengan aksi dan gelagat kucingnya yang dianggap sungguh comel dan melucukan.

“Sungguh comel saya tengok kelakuan aksi kucingnya itu yang mengajuk nenek tersebut untuk membasuh pinggan. Kalau dapat kucing macam ini, mungkin boleh bantu saya untuk membasuh pinggan sekali,” tulis Sandra Araújo di Facebook.

Mariana Veríssimo pula berkata “Alahai, geramnya tengok kucing nenek ini, kenapalah comel sangat, geram tengok dia menyakat nenek itu membasuh pinggan,”.

Está e a linda a gatinha da minha netinha Rebeca .olha o que ela fazia enquanto eu lavava a louça .ela e uma figura .kkkkkkkk

Artikel Berkaitan:

Posted by Sandra Queiroz Bolos on Thursday, November 7, 2019