JKM kesan ibu kandung Siti Mariam

Siti Mariam
Siti Mariam
A
A
A

KLANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Klang sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun bagi urusan dokumen dan penempatan.

JKM dalam satu kenyataan memaklumkan Siti Mariam Abdullah dirujuk kepada Pelindung Daerah Klang oleh Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada awal tahun 2012 untuk pemeliharaan dan perlindungan.

Menurutnya, ibu kandung Siti Mariam bernama Siti Noorafidah Salleh beralamat terakhir di Blok 8, Felda Pemanis, Segamat, Johor.

“Ibu kandung kanak-kanak tidak dapat dikesan dan setiap kali dihubungi panggilan telefon tidak dijawab.

“Kanak-kanak kini di bawah perintah sementara dan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor Pahang.

"Kesnya akan dibicarakan semula untuk perintah tetap pada 28 November ini,” katanya.

Sehubungan itu, ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak diminta tampil atau menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Nurzatulhain Mohd Othman di talian 033341 3703/3913.

Artikel Berkaitan: