80 anak yatim, asnaf dikhatan secara percuma

Mohd Salim menunjukkan poster program berkhatan secara percuma akan dianjur pada 26 November ini.
Mohd Salim menunjukkan poster program berkhatan secara percuma akan dianjur pada 26 November ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan menganjurkan program berkhatan secara percuma khusus buat 80 anak yatim dan asnaf berdaftar dengan agensi itu dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 26 November ini.

Program dengan kerjasama LZS dan Management and Science University, Medical Center (MSU MC) itu akan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Berkhatan Perdana, Mohd Salim Mohamed Sain berkata, program itu julung kali dianjurkan oleh YIDE.

‘Pihak MSU MC menyediakan empat doktor pakar yang akan menggunakan kaedah Diathermy (laser) di mana prosesnya sekejap dan cepat sembuh.

“Program ini akan dijadikan aktiviti tahunan untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga berikutan kos berkhatan agak mahal kini,” katanya.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran program boleh dibuat dengan menghubungi Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti, Md Arifin Jaafar ditalian 012905 5173.

Artikel Berkaitan: