Budak autisme dikhuatiri lemas di Sungai Merab

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki autisme dikhuatiri lemas ketika sedang bermain di Sungai Merab, Kajang dekat sini hari ini.

Mangsa Noor Adam Faiq Noor Azam, 11, disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kasut serta seluar miliknya ditemui di tebing sungai itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Pegawai Bomba Kanan II Juliana Hashim berkata, tujuh anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.43 petang.

"Bapanya ada memaklumkan yang beliau sering membawa anaknya ke kawasan itu memandangkan sungai itu dekat rumah mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan 7 petang dan akan disambung esok.- Bernama

Artikel Berkaitan: