Lelaki pedofilia rakam, jual video budak dirogol disiasat

Gambar hiasan.
A
A

ISLAMABAD - Polis di Pakistan menyoal siasat seorang pedofilia yang disyaki mempunyai kaitan dengan jenayah rakaman pornografi kanak-kanak dunia.

Siasatan dibuat selepas dia mengaku merakam sekurang-kurangnya 30 budak dirogol dan menjual video tersebut dalam talian.

Suspek yang menjalani hukuman penjara di Britain atas kesalahan penderaan kanak-kanak telah dihantar pulang ke Pakistan dan ditahan Selasa lalu di di bandar Rawalpindi berhampiran ibu negara.

"Tertuduh menjual video lucah kepada pelanggan di Eropah. Kami cuba untuk memberkas kumpulan sindiket dan kini bekerjasama dengan pihak berkuasa di negara lain," menurut pegawai polis Rai Mazhar.

Akauntan bertauliah, Ayaz berkhidmat sebagai perunding bagi wilayah Khyber-Pakhtunkhwa selepas dihantar balik ke Islamabad.

Susulan daripada itu, Menteri Luar Negeri, Shaukat Yousafzai memberitahu satu siasatan telah dilancarkan untuk menyiasat bagaimana seorang pedofilia dikenali boleh diambil bekerja. - Agensi