Wanita rempuh pemandu lori sampah masuk hospital

Wanita warga Vietnam yang merempuh pemandu lori sampah sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
Wanita warga Vietnam yang merempuh pemandu lori sampah sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis telah berjaya mengesan pemandu wanita yang merempuh pemandu lori sampah dalam kemalangan di Jalan Anson di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, wanita warga Vietnam itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala.

Menurutnya, wanita berusia 29 itu berada dalam keadaan stabil dan polis telah mengambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Siasatan mendapati kereta Perodua Axia yang digunakan adalah milik rakannya.

"Wanita berkenaan mempunyai lesen memandu Vietnam, bagaimanapun kita akan merujuk dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai status lesen berkenaan,"katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang pemandu lori sampah parah selepas dirempuh kereta dalam kejadian di Jalan Anson berhampiran dengan Bangunan Persekutuan di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi, mangsa Mukhtar Bahari, 62, dikatakan sedang melakukan kerja pembersihan di belakang lori sebelum kereta jenis Perodua Axia merempuhnya.

Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bawah kereta berkenaan dan cedera parah di kaki manakala pemandu wanita berkenaan didapati tiada di lokasi kejadian selepas kemalangan berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN Pemandu lori sampah parah dirempuh kereta

Artikel Berkaitan: