X

Kindly register in order to view this article
!

Elak buat sebarang provokasi: MB Johor

Dr Sahruddin (dua dari kiri) beramah mesra bersama pengamal media ketika melawat Pusat Media PRK Parlimen Tanjung Piai hari ini. - Foto: Bernama
A
A

PONTIAN - Penyokong parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dinasihatkan agar mengelakkan provokasi yang boleh menimbulkan konflik ketika hari pengundian hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, penyokong turut mempunyai tanggungjawab bersama dalam memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Bagi penyokong tempatan atau pun dari luar, elakkan provokasi yang boleh menyebabkan konflik sesama parti.

“Malaysia adalah negara demokrasi, jadi masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Media PRK Parlimen Tanjung Piai di sini hari ini.

Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir berkempen, beliau juga berharap agar kesemua parti dan calon dapat menggunakan masa yang ada ini untuk bekerja semaksimum mungkin serta berjumpa dengan penduduk.

Ditanya mengenai persediaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang berkempen, Dr Sahruddin yang juga Pengarah Jentera PRK Tanjung Piai berkata, beliau sangat berpuas hati dengan gerak kerja parti.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan kesemua penduduk di Tanjung Piai untuk keluar mengundi awal hari ini dan memenuhi tanggungjawab masing-masing untuk menentukan wakil rakyat baharu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus