MB Johor puas hati persediaan PRK Tanjung Piai

Sahruddin bertanya sesuatu kepada petugas media ketika lawatan ke Pusat Media di Stadium Mini Pontian hari ini.
Sahruddin bertanya sesuatu kepada petugas media ketika lawatan ke Pusat Media di Stadium Mini Pontian hari ini.
A
A
A

PONTIAN - "Kita telah berusaha dan bekerja. Akhir sekali, kita serahkan kepada ALLAH SWT," kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bagi mengulas menjelang hari pembuangan undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai hari ini.

Sahruddin berkata, setakat ini semua pihak khususnya jentera pilihan raya di Tanjung Piai telah melaksanakan tugas dengan baik.

Malah, katanya, pihaknya juga tidak mengalami tekanan menjelang hari pengundian berkenaan dan menyifatkan segalanya sebagai tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan.

"Saya amat berpuas hati jentera Tanjung Piai. Dari negeri-negeri pun banyak yang turun. Terima kasih juga kepada jentera angkat yang membantu kempen PH pada PRK kali ini.

"Kita jangan lupa, semua ini tanggung jawab dan amanah. Jangan lupa," katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Stadium Mini Pontian semalam.

Sahruddin yang juga Pengarah Jentera Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Tanjung Piai juga menasihatkan semua penduduk sekitar Tanjung Piai untuk keluar mengundi lebih awal esok.

Artikel Berkaitan: