X

Kindly register in order to view this article
!

Pemilik suara animasi Aki meninggal dunia

Facebook Les’ Copaque Production Sdn Bhd. (Animasi Pada Zaman Dahulu.)
A
A

SHAH ALAM - Pelantun suara bagi watak animasi Aki dalam cerita Pada Zaman Dahulu dan Pak Mail dalam filem Geng: Pengembaraan bermula iaitu Datuk Alias Lazan telah meninggal dunia pagi tadi.

Perkongsian berita sedih itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Les’ Copaque Production Sdn Bhd, enam jam lalu.

"Pagi tadi kami mendapat berita menyedihkan iaitu pelakon suara untuk watak Pak Mail (Geng) dan Aki (Pada Zaman Dahulu) telah meninggal dunia.

"Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah," tulisnya.

Cerita animasi memaparkan kisah teladan kepada dua orang cucu pastinya menambat hati si penonton.

Pastinya berita mengejutkan ini membuatkan peminat animasi bersedih dan ruang komen posting itu dibanjiri ucapan takziah dari warganet.

Kata Fatin Nabilah Abu Bakar,"Innalillahiwainnailaihirrojiun... Allahu terasa sedih, hari-hari duk tengok pada zaman dahulu dengan anak dan Aki dia punya karektor kegemaran.

"Kadang-kadang abah dia pun, dia sahaja-sahaja panggil Aki. Sebab kartun ni anak saya jadi pandai bercerita. Intro 'pada zaman dahulu' tu legend. 'You will be missed Aki'. Suara atuk yang lembut dan penuh kasih sayang... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...Aminn," tulisnya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, selamat jalan Datuk Alias Lazan, bakal rindu dengan suara datuk menjadi pelakon suara geng pengembaraan bermula yang menjadi filem inspirasi anak kecil... " kata Indah Rama Putri.

Tambah Katyna Abu Seman turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan suara Allahyarham yang menghiasi jiwa anak-anak.

"Semoga ALLAH berikan ganjaran pada semua amal ibadahnya. Amin...," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!