'Kutip kerang jangan sampai bertukar tragedi'

Sekumpulan remaja lelaki mencari kerang spesies kerang bulu yang terdampar di Pantai Rhu Dua, Rusila. - Foto Bernama
Sekumpulan remaja lelaki mencari kerang spesies kerang bulu yang terdampar di Pantai Rhu Dua, Rusila. - Foto Bernama
A
A
A

MARANG - Polis akan memantau lokasi penemuan kerang bulu di Pulau Kekabu, Pantai Rusila dan Pantai Kelulut yang kini menjadi tumpuan sejak beberapa hari lalu untuk keselamatan pengunjung.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, rondaan dari semasa ke semasa melibatkan Unit Kereta Peronda (MPV)

Katanya, tinjauan anggotanya mendapati ramai pengunjung yang terlalu teruja mengutip kerang bulu sehingga ada mengabaikan keselamatan mereka.

“Kami tidak mahu kejadian buruk berlaku kerana difahamkan penduduk masuk ke dalam air sehingga paras pinggang untuk mencari kerang itu. Mereka juga sukar dikawal kerana masing-masing seronok mencari kerang," katanya ketika ditemui di Pulau Kekabu, di sini hari ini.

Mohd Zain (kanan) bersama dua anggotanya turun padang meninjau aktiviti pengunjung mengutip kerang bulu di Pulau Kekabu, di sini.
Mohd Zain (kanan) bersama dua anggotanya turun padang meninjau aktiviti pengunjung mengutip kerang bulu di Pulau Kekabu, di sini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko dengan berenang ke kawasan yang terlalu dalam kerana ombak kuat selain musim tengkujuh.

"Kita tidak mahu tragedi lima tahun (2014) membabitkan empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang berulang kembali.

"Bukan niat polis menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki tetapi keselamatan dan nyawa perlu diutamakan. Jadi kita harap orang ramai mematuhi arahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan fenomena kerang terdampar di pantai di Marang menjadi tarikan orang ramai dan penduduk berpesta mengutip kerang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kerang bulu lebih manis'