Jangan panik, keadaan terkawal di Sudan: Saifuddin

Saifuddin beramah mesra dengan pesakit yang menjalani dialisis pada program Ziarah ke Pusat Dialisis milik Muip di Perkampungan Cenderawasih, hari ini.
Saifuddin beramah mesra dengan pesakit yang menjalani dialisis pada program Ziarah ke Pusat Dialisis milik Muip di Perkampungan Cenderawasih, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Ahli keluarga kepada penuntut Malaysia yang berada di Khartoum, Sudan tidak perlu panik dengan ketegangan yang tercetus di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana keadaan di situ ketika ini adalah terkawal dan tiada keperluan untuk meminta penuntut di negara itu pulang ke tanah air walaupun sebahagian yang pulang namun bukan disebabkan ketegangan di negara terbabit.

“Jadi, saya berharap tidak berlaku salah faham berhubung perkara ini kerana penuntut yang pulang ke Malaysia adalah kerana mereka bercuti dan merancang untuk balik.

“Laporan mutakhir yang saya terima adalah keadaan di sana terkawal dan belum ada keperluan untuk kita memanggil pulang penuntut dan rakyat Malaysia di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Ziarah ke Pusat Dialisis milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Perkampungan Cenderawasih di sini, hari ini.

Sejak 19 Disember lalu, perusuh dan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Khartoum selepas kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan kos roti dan akan menyebabkan kos sara hidup meningkat.

Ekoran pergolakan yang berlaku dipercayai 109 mahasiswa Malaysia di sana terperangkap kerana penutupan universiti.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan baru-baru ini pula memaklumkan penuntut di sana dalam keadaan selamat dan sudah pun menjalankan kehidupan seharian seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Secara keseluruhannya 150 rakyat Malaysia menetap di negara tersebut termasuk diplomat serta ahli perniagaan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, kerajaan akan mengadakan rundingan supaya Singapura menggunakan laluan lain untuk kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Seletar dan bukan melalui ruang udara Pasir Gudang, Johor.

“Isu membabitkan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar ini akan kita dipercepatkan dan cadangan kita Singapura tidak boleh mengganggu ruang udara Malaysia,” katanya.