Bapa urus anak kecil guna kaki

Wang Gang bermain dengan anaknya. - Foto: China Xinhua News
Wang Gang bermain dengan anaknya. - Foto: China Xinhua News
A
A
A

SHENYANG - Seorang bapa orang kurang upaya (OKU) tidak mempunyai kedua-dua tangan mampu menguruskan rumah tangga termasuk menjaga anak yang masih kecil.

Wang Gang, 33, yang tinggal di kampung Hexi Liaoning kehilangan kedua-dua tangan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada usia 13 tahun.

Kisahnya tular di laman sosial menjadi sumber inspirasi buat warganet yang menyifatkan Gang dikurniakan jiwa besar.

Memetik laporan, China Xinhua News, bapa kepada Rourou yang berusia setahun menggunakan kudrat yang ada untuk menguruskan anak termasuk memandikan, memberi makanan, memakaikan pakaian dengan menggunakan dua belah kakinya.

Bukan itu sahaja, ketika isterinya bekerja mencari rezeki, Gang melayan anaknya dengan penuh kasih sayang termasuk mendodoikan anaknya ketika menangis.

Wang Gang mendokong anaknya. - Foto: China Xinhua News
Wang Gang mendokong anaknya. - Foto: China Xinhua News

Walaupun dia bukan bapa yang sempurna, dia berusaha menjadi yang paling terbaik demi isteri dan anaknya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi perkongsian kisah di Twitter China Xinhua News, ia meruntun jiwa netizen tatkala melihat Gang mengalami kekurangan diri namun berusaha memenuhi tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami.

Kata @Sergeivesp, "Anak adalah sumber insipirasi Gang dan ternyata ia berjaya melakukannya."

"Awak seorang yang cukup hebat!" kata @clifforduwandu.