X

Kindly register in order to view this article
!

Yakin keputusan undi tak dipengaruhi emosi: Hishammuddin

Hishammudin (kiri) beramah mesra dengan komuniti nelayan Serkat, Pontian pagi tadi.
A
A

PONTIAN - Soal sama ada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai mengundi kerana marah atau tidak bergantung kepada emosi mereka sendiri.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya yakin sebarang keputusan mengundi tidak akan dipengaruhi oleh sentimen emosi.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) perlu menyedari mereka juga sengaja menimbulkan kemarahan pengundi terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Bila (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) minta pengundi jangan mengundi kerana marah, apa beza dengan PH yang dahulu menimbulkan kemarahan pengundi terhadap kerajaan BN?

"Saya tidak nafikan mungkin kerajaan BN ada kelemahan dan kesilapan... Tetapi bila dikipas kemarahan dan kebencian, emosi boleh menentukan suasana tetapi itu terserah kepada pengundi Tanjung Piai.

"Apa keputusan sekalipun saya yakin tidak akan mempengaruhi sentimen emosi pengundi-pengundi di sini," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan nelayan di Serkat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Dr Mahathir supaya pengundi Parlimen Tanjung Piai tidak mengundi kerana marahkan kerajaan.

Sebaliknya, pengundi diminta mengundi calon yang boleh berkhidmat dan membawa nilai pembangunan kepada Parlimen Tanjung Piai.