Pembangkang hadir sidang DUN Perak serba putih

Semua ADUN pembangkang sempat bergambar dengan pakaian serba putih ketika hadir ke Sidang DUN Perak hari ini.
Semua ADUN pembangkang sempat bergambar dengan pakaian serba putih ketika hadir ke Sidang DUN Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mesyuarat ketiga yang bermula hari ini mencuri tumpuan apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang memakai pakaian serba putih.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang memuji 'keberanian' memakai baju putih.

"Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya keluar rumah pada pagi ini dengan berbaju Melayu putih.

"Lelaki berani sahaja yang keluar rumah pakai baju putih pagi-pagi ini," katanya ketika bangun menjawab soalan ketika sesi soalan lisan di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Kata-kata Ahmad Faizal itu diiringi gelak ketawa beberapa ADUN.

Turut hadir, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong.

Choo Kiong yang sedang bercuti daripada menjalankan tugas-tugas rasmi kerana dibicarakan di mahkamah berkaitan kes rogol turut bangun menjawab soalan berkaitan perumahan yang dibangkitkan ketika sesi soalan lisan.

Sidang DUN Perak hari ini dijangka turut membentangkan Belanjawan Negeri 2020 petang ini.

Artikel Berkaitan: