Fahmi... polis cari anda

Osman (tengah) menunjukkan barang-barang yang dirampas daripada dua suspek yang menyamar sebagai anggota polis sebelum melakukan jenayah samun.
Osman (tengah) menunjukkan barang-barang yang dirampas daripada dua suspek yang menyamar sebagai anggota polis sebelum melakukan jenayah samun.
A
A
A

TAIPING - Polis sedang mengesan ketua Geng Fahmi yang aktif melakukan 14 kes samun dan menyamar sebagai polis sekitar daerah Taiping, Kerian dan Tapah sejak awal tahun lalu.

Identiti Mohamad Fahmi Shaafie, 31, yang beralamat di Felda Ijok, Selama di sini dipercayai perancang utama geng itu terbongkar selepas dua ahlinya ditahan dalam Ops Rentap Khas bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, suspek yang turut dikenali sebagai Mat Min itu mempunyai 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Menurutnya, modus operandi geng itu adalah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan mengenakan vest dan topi mempunyai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melakukan kegiatan samun secara rambang di premis atau individu.

"Justeru, operasi khas dilancarkan dan hasil risikan berjaya menahan suspek pertama dikenali sebagai Emie Toyol di Simpang di sini, 27 Oktober lalu.

"Suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z telah bertindak agresif ketika cuba melarikan diri namun polis berjaya menahannya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Osman berkata, soal siasat yang dijalankan membawa penahanan rakannya dikenali sebagai Andy di Jalan Istana di sini, 31 Oktober lalu.

"Hasil siasatan mendapati suspek merupakan anggota tentera yang masih berkhidmat dan telah lari dari tugasan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis berjaya merampas satu gari, vest kuning dan topi berlogo PDRM selain tiga pisau, kuku kambing, pemutar skru, sarung muka serta sebuah motosikal.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama yang boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes jenayah boleh disalurkan di balai polis berhampiran," katanya.

Osman memberitahu, Andy dan Emie Toyol sudah dituduh di Mahkamah Majistret Taiping semalam.