Permohonan permit Bazar Aidilfitri KL 2020 dibuka mulai 25 November

Permohonan permit sementara bagi menjalankan perniagaan di Bazar Aidilfitri Jalan Raja bagi tahun 2020 akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 25 November ini.
Permohonan permit sementara bagi menjalankan perniagaan di Bazar Aidilfitri Jalan Raja bagi tahun 2020 akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 25 November ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Permohonan permit sementara Bazar Aidilfitri Jalan Raja bagi tahun 2020 akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 25 November ini hingga 8 Disember depan.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Azmir Ahmad berkata, permohonan terbuka kepada warganegara berumur 18 tahun dan ke atas.

Menurutnya, pemohon mesti mempunyai lesen penjaja DBKL yang masih sah pada tarikh permohonan dibuat dan hanya boleh dilakukan secara dalam talian.

“Hanya pemohon beragama Islam dan mempunyai akaun bank yang aktif sahaja dibenarkan membuat permohonan.

“Pemohon juga perlu melampirkan salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport berlatar belakang biru gelap, salinan buku akaun atau slip penyata akaun yang disahkan pihak bank,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

“Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 0320282537/2538/2541/2621 atau melayari laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar,” katanya.

Artikel Berkaitan: