Pesakit mental maut jatuh dari jejambat

Mangsa maut selepas terjatuh dari jejambat berhampiran SMK Sungai Burong Tanjong Karang malam tadi.
Mangsa maut selepas terjatuh dari jejambat berhampiran SMK Sungai Burong Tanjong Karang malam tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pesakit mental maut apabila terjatuh dari jejambat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Burong Tanjong Karang di sini malam tadi.

Kejadian jam 8.15 malam itu mengakibatkan mangsa, Chin Chin Her, 34, yang beralamat di Taman Yong Peng, Johor meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, kejadian disedari seorang peniaga kedai yang ternampak kelibat mangsa berada di jejambat berkenaan.

"Mangsa kemudian didapati terjatuh di atas lori yang sedang bergerak di bawah jejambat sebelum terpelanting di permukaan jalan raya," katanya.

Katanya, peniaga terbabit yang melihat kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Noor Janihan berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa baru dua hari datang ke Sekinchan dan menetap bersama peniaga terbabit.

"Mangsa sebelum ini pernah dua kali terjatuh ke dalam sungai semasa berada di Yong Peng tetapi berjaya diselamatkan polis," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati mangsa mengalami luka di bahagian kepala dan terdapat kesan calar di bahagian tangan kanan akibat terjatuh daripada tempat tinggi.

"Mayat mangsa diserahkan kepada waris untuk dibawa ke Yong Peng Johor untuk urusan pengebumian," katanya.