Abang jadi penyelamat adik daripada dibaham sang bedal

Haina mengalami luka yang dalam pada kaki kanannya dan dimasukkan ke RHU Balabac untuk mendapatkan rawatan.
Haina mengalami luka yang dalam pada kaki kanannya dan dimasukkan ke RHU Balabac untuk mendapatkan rawatan.
A
A
A

PALAWAN - Seorang remaja lelaki bertindak berani dengan melawan buaya yang cuba menyeret adik perempuannya dari sebuah jambatan di Palawan, Selatan Filipina, Jumaat lalu.

Haina Lisa Jose Habi, 12, sedang berjalan di atas lintasan buluh kecil di sebuah sungai bersama abangnya, Hashim, 15, sebelum buaya sepanjang 15 meter melompat atas air dan membaham kakinya.

Menurut Haina, ketika itu dia terjatuh antara jurang pada jambatan berkenaan yang menarik perhatian buaya tersebut.

"Buaya itu membaham kaki kanan dan cuba menarik saya ke dalam air.

"Ketika itu, abang saya bertindak membaling batu ke arah buaya dan menarik saya," katanya.

Buaya yang dikatakan menyerang Haina.
Buaya yang dikatakan menyerang Haina.

Haina mengalami luka yang dalam pada kaki kanannya dan dimasukkan ke RHU Balabac untuk mendapatkan rawatan.

Media tempatan melaporkan, Haina dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan:

Haiwan dengan anggaran 14 kaki panjang itu kini diburu kerana dikhuatiri akan menyerang kembali.

Leftenan Kolonel Socrates Faltado memberi amaran kepada penduduk lain supaya lebih berhati-hati apabila menyeberangi sungai.

Beliau berkata, buaya adalah ancaman kepada penduduk dan kanak-kanak itu bernasib baik dapat melarikan diri kerana keberanian abangnya. - Agensi

Hashim bertindak membaling batu ke arah buaya dan menarik adiknya, Haina dari buaya tersebut.
Hashim bertindak membaling batu ke arah buaya dan menarik adiknya, Haina dari buaya tersebut.