Bonjolan di seluar rupanya ada anak kucing

Bunyi 'meow' dari seluar seorang lelaki yang membonjol di Pusat Pemeriksaan Tuas menarik perhatian pegawai ICA yang menemui empat anak kucing yang cuba diseludup. - Foto ICA
Bunyi 'meow' dari seluar seorang lelaki yang membonjol di Pusat Pemeriksaan Tuas menarik perhatian pegawai ICA yang menemui empat anak kucing yang cuba diseludup. - Foto ICA
A
A
A

SINGAPURA - Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menemui empat anak kucing yang cuba diseludup di Pusat Pemeriksaan Tuas, Rabu lalu.

Menerusi laman Facebook ICA hari ini, jabatan itu dilaporkan berkata, anak kucing itu disembunyi dalam seluar seorang lelaki warga Singapura berusia 45 tahun, lapor Berita Harian Singapura.

Laporan sama dipetik, lelaki berkenaan memasuki negara itu menaiki sebuah kereta yang berdaftar di Singapura.

“Pegawai (ICA) menjalankan pemeriksaan lanjut apabila mereka mendengar bunyi 'meow' dari seluarnya yang membonjol.

“Kes ini telah dirujuk kepada Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) Singapura untuk siasatan lanjut. Anak kucing itu kini dikuarantin dan di bawah jagaan AVA,” kata ICA.

Mereka yang didapati bersalah membawa masuk haiwan atau burung hidup ke Singapura tanpa lesen boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: