Kampung Baru: Harga tawaran perlu ambil kira pandangan pemilik tanah

Kampung Baru. Gambar kecil: Mohd Khairuddin
Kampung Baru. Gambar kecil: Mohd Khairuddin
A
A
A

KUANTAN - Pandangan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur perlu diambil kira sebelum menetapkan harga atau nilai hartanah di kawasan milik 100 peratus orang Melayu itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Mohd Khairuddin Abd Halim berkata, pendapat itu membolehkan situasi menang-menang di antara pihak kerajaan dengan pemilik atau pewaris terbabit.

"Dalam nilaian ini agak sensitif, jadi kita kena bincang dan mendengar pandangan mereka (pemilik dan pewaris tanah) bagi menjelaskan kenapa pembangunan hendak dilaksanakan di kawasan itu.

"Jadi, kita perlu bertanya kepada mereka, adakah dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan mereka bersetuju atau ada pilihan lain yang mereka rasakan lebih baik daripada tawaran itu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Seminar Harta Tanah Wilayah Pantai Timur di Hotel Zenith semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Penilai Sektor Awam Malaysia (Penilaisama), Sr Abdul Razak Yusak.

Mohd Khairuddin berkata, pelbagai perkara perlu diberi perhatian termasuk kawasan persekitaran, jenis pembangunan yang dirancang dan persetujuan daripada pemilik.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad sebelum ini mengumumkan tawaran baharu RM1,000 bagi setiap kaki persegi, yang mana RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan bentuk pulangan yang dipilih pemilik manakala baki RM150 pulangannya adalah dalam bentuk pegangan saham ke atas Syarikat Tujuan Khas (SPV).

ARTIKEL BERKAITAN 'Saya bukan broker'

Tanah Kampung Baru: Kerajaan tawar RM1,000 sekaki persegi

Artikel Berkaitan: