Gencatan senjata berkuatkuasa di Genting Gaza

Penduduk Palestin menunaikan solat jenazah lapan sekeluarga yang terbunuh dalam serangan udara dilancarkan Israel di Deir al-Balah di selatan Gaza.
Penduduk Palestin menunaikan solat jenazah lapan sekeluarga yang terbunuh dalam serangan udara dilancarkan Israel di Deir al-Balah di selatan Gaza.
A
A
A

GENTING GAZA - Gencatan senjata berkuatkuasa di Semenanjung Gaza awal pagi tadi selepas wilayah terbabit dihujani bom sejak kelmarin hingga menyebabkan angka kematian kini mencecah 34 orang.

Pegawai kanan di Mesir memaklumkan persetujuan untuk tempoh bertenang bagi meredakan konflik itu atas usaha Kaherah dan diterima puak Palestin termasuk Jihad Islam yang merupakan gerakan kedua paling kuat selepas Hamas.

Kandungan perjanjian itu menetapkan puak di Palestin perlu memastikan keadaan kembali tenang di Gaza selain mengekalkan keamanan ketika demonstrasi manakala Israel digesa menghentikan permusuhan serta memastikan 'gencatan senjata' ketika protes dilakukan penduduk Palestin.

Ketegangan kembali memuncak di wilayah itu selepas kedua-dua belah pihak saling berbalas serangan selama dua hari berturut-turut.

Tentera rejim Zionis mendakwa serangan udara itu menyasarkan kubu Jihad Islam dan skuad pelancar roket di Genting Gaza.

Operasi ganas itu turut meragut nyawa lapan ahli keluarga Abu Malhous termasuk lima kanak-kanak selepas serangan dilancarkan rejim Zionis itu memusnahkan kediaman mereka di Deir al-Balah, selatan Gaza. - AFP

Artikel Berkaitan: