Abang Jo hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Datuk Yetni Adenan, 85, bekas Penghulu Semerah Padi dan veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang rumahnya musnah dalam kebakaran pada 24 Dis lepas. - Foto Bernama
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Datuk Yetni Adenan, 85, bekas Penghulu Semerah Padi dan veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang rumahnya musnah dalam kebakaran pada 24 Dis lepas. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran, Datuk Yetni Adenan, selepas rumah bekas penghulu Kampung Semariang Baru Fasa Dua itu musnah dalam satu insiden kebakaran 24 Disember lepas.

Beliau bersama isteri Datin Patinggi Juma'ani Tun Tuanku Bujang melawat Yetni Adenan, yang popular dalam kalangan masyarakat Sarawak sebagai seorang penghibur dan pelawak era hujung 80-an itu, di kediamannya yang ditimpa musibah itu di Lorong Cenderawasih 4, Jalan Semariang, di sini.

“Kami turun di sini untuk membantu mangsa kebakaran, Yetni Adenan, terutamanya untuk memberikan tempat tinggal yang lebih selesa dan telah meminta arkitek terlibat untuk melihat dan membina rumah yang baharu di lokasi yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Yetni Adenan berasa terharu kerana Ketua Menteri bersama Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof serta ahli-ahli Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) turut sama datang melawat beliau dan menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai.

“Kedatangan mereka itu bererti menghargai perjuangan saya selama ini yang terkenal dengan seorang pelawak tempatan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: