3,211 ah long diberkas sejak 2010

Mohd Zakaria menunjukkan suspek yang dikehendaki pada sidang media berkaitan dengan OPS Waran Tangkap 2019 di Kuala Lumpur. - Foto ZAHID IZZANI
Mohd Zakaria menunjukkan suspek yang dikehendaki pada sidang media berkaitan dengan OPS Waran Tangkap 2019 di Kuala Lumpur. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia telah memberkas 3, 211 ah long yang melibatkan pinjaman sebanyak RM142 juta sejak 2010 hingga 31 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, sebanyak 5, 655 kes dilaporkan sepanjang tempoh tersebut.

“Kita mendapati bilangan kes dan jumlah ah long yang ditahan juga semakin meningkat sejak tahun lalu. Seramai 465 ah long telah ditahan, ia melibatkan pinjaman sebanyak RM9.7 juta, manakala pada tahun ini, seramai 849 ah long telah ditahan yang melibatkan pinjaman sebanyak RM18 juta,” katanya pada sidang media, di sini tadi.

Baru-baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman telah menyenaraikan 117 individu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes ah long di seluruh negeri.

“Seramai 67 orang telah tampil dan kami telah menahan mereka, kami masih mengesan seramai 50 orang lagi yang dipercayai dapat membantu berhubung kes ah long," katanya.

Mohd Zakaria turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berurusan dengan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long kerana pihak terbabit mengenakan faedah tinggi terhadap mangsa selain bertindak agresif dengan tujuan memaksa mangsa melangsaikan pinjaman sekiranya mangsa gagal berbuat demikian.

Artikel Berkaitan: