India juara 'lepas hajat' di tempat terbuka

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

India menduduki tangga teratas dengan seramai 626 juta orang di India 'melepaskan hajat' di tempat terbuka seperti rumput, semak dan sungai, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tangga kedua, diikuti Indonesia sebanyak 63 juta, Pakistan 40 juta, Ethopia 38 juta dan Nigeria 34 juta.

Masyarakat India juga melakukan perkara yang sama di 18 buah negara lain, dedah laporan itu.

Perkara itu difahamkan telah berlaku sebelum India mendapat kemerdekaan iaitu pada 1947.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Perdana Menterinya, Narendra Modi membina 20 juta tandas untuk kegunaan masyarakat di India sekali gus memberi penekanan dalam aspek kebersihan sejak beliau mengambil alih pucuk pimpinan pada 2014.

Pada masa sama, beliau sentiasa berkempen mengutamakan tandas sebelum kuil.

Pada 2 Oktober lalu beliau turut meletakkan sasaran untuk menukar tabiat dan amalan masyarakat di India dan kenyataan itu ditegaskannya pada majlis ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi.

Artikel Berkaitan:

Beliau memperuntukkan lebih dari AS$40 bilion (RM166 bilion) untuk membina lebih 100 juta tandas baru di kawasan luar bandar bagi tahun 2019 sahaja. - Bernama