Remaja mengamuk tembak rakan sekelas

Alexey Golubnichy (kanan) dikenal pasti sebagai mangsa yang maut dalam kejadian tembakan di sebuah kolej di bandar Blagoveshchensk.
Alexey Golubnichy (kanan) dikenal pasti sebagai mangsa yang maut dalam kejadian tembakan di sebuah kolej di bandar Blagoveshchensk.
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya dua maut termasuk penyerang dalam insiden tembakan di sebuah kolej di timur Rusia hari ini.

Insiden amuk di bandar Blagoveshchensk, rantau Amur itu turut menyebabkan tiga mangsa lain cedera.

"Suspek berusia 19 tahun. Dia menembak diri sendiri ketika polis cuba memberkasnya," kata penyiasat.

Pihak berkuasa berkata, remaja terbabit melepaskan tembakan menggunakan selaras rifle dalam dewan kuliah.

"Terdapat kira-kira 20 pelajar di dalam dewan tersebut. Pertelingkahan antara suspek dan salah seorang mangsa dipercayai menjadi motif serangan.

"Senjata api yang digunakan dalam serangan itu didaftarkan atas nama remaja terbabit," katanya.

Bulan lalu, seorang kolej di Crimea menembak mati 20 orang dan mencederakan 40 yang lain dalam serangan yang diinspirasikan daripada insiden tembakan rambang di Sekolah Tinggi Columbine, Amerika Syarikat pada 1999. - AFP

Artikel Berkaitan: