Menteri sangkal kenakan syarat permit pada pertengahan kempen

Vui Keong - Foto Bernama
Vui Keong - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang menteri semalam menyangkal dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat perlu mendapatkan permit untuk program tinjauan mesra pada pertengahan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, SPR telah menetapkan syarat itu sebelum kempen bermula.

Untuk menjustifikasikan kenyataannya, beliau berkata, 42 permit bagi tinjauan mesra diluluskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari penamaan calon itu sendiri pada 2 November.

"Juga pada hari itu, SPR telah mengadakan mesyuarat dengan semua ejen dan wakil calon berhubung perkara itu," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Vui Keong menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mahukan penjelasan sama ada arahan supaya calon perlu mendapatkan permit bagi mengadakan tinjauan mesra dibuat secara malafide (niat jahat) kerana dimaklumkan pada pertengahan kempen.

Menteri itu juga berkata, semua calon parti telah dimaklumkan untuk menyatakan jenis program ataupun aktiviti secara jelas di ruangan borang permohonan permit kempen pilihan raya yang disediakan pihak polis. - Bernama

Artikel Berkaitan: