Duterte 'kerja dari rumah' cetus persoalan

Duterte (tengah) kini terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.
Duterte (tengah) kini terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.
A
A
A

MANILA - Tahap kesihatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang terkenal dengan julukan 'The Punisher' itu kembali mencetuskan persoalan banyak pihak selepas khabar angin tentang perkara itu mula tersebar sejak beliau memegang tampuk pemerintahan pada 2016.

Awal minggu lalu, jurucakap beliau pada awalnya mengumumkan Duterte mengambil 'cuti rehat' selama tiga hari.

Tidak lama selepas itu, Salvador Panelo mengesahkan pemimpin berusia 74 tahun tersebut akan bekerja dari rumahnya di bandar selatan Davao.

Ketika disoal tentang keadaan kesihatan Duterte, jurucakapnya hanya memberitahu bahawa beliau mahu mengelakkan gangguan selain waktu untuk berehat.

"Ramai orang mahu bertemu dengannya jika beliau bekerja di Malacanang (Istana Presiden)," kata Panelo.

ARTIKEL BERKAITAN: Duterte dedah derita penyakit autoimun

Tahun lalu, sebuah laporan mendedahkan doktor turut menemukan ketumbuhan mencurigakan dalam tubuh Duterte ketika prosedur endoskopi dilakukan ke atasnya.

"Saya akan maklumkan jika ia barah," katanya sebelum keputusan ujian mendapati tumor itu sebenarnya tidak berbahaya.

Artikel Berkaitan:

Ketika lawatan ke Rusia pada awal Oktober lalu, Duterte turut berkongsi dengan ekspatriat Filipina bahawa beliau menghidap penyakit autoimun atau myasthenia gravis.

Beberapa minggu kemudian, beliau dilaporkan terjatuh ketika menunggang motosikal di pekarangan Istana Presiden di Manila dan kecederaan dialaminya memaksa Duterte memendekkan lawatan rasmi ke Jepun. - Agensi