Elak padanan pakaian kelihatan badut, pelik

BUSANA nuansa terang koleksi Zuusaha ini menyuntik mood positif dan ceria kepada si pemakai.
BUSANA nuansa terang koleksi Zuusaha ini menyuntik mood positif dan ceria kepada si pemakai.
A
A
A

PEMILIHAN busana warna terang seperti merah jambu, ungu, biru, hijau atau kuning membantu menyerlahkan penampilan seseorang.

Pada masa sama, ia juga menyuntik mood positif dan ceria sepanjang menjalani kehidupan harian. Bagaimanapun, sebelum menyarungkan fesyen berasaskan palet panas, wanita perlu mengenal pasti item pakaian yang akan dipadankan.

Langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan anda kelihatan seperti badut atau pelik.

Justeru, bagi meningkatkan keyakinan wanita tampil dalam stail Pop Art atau blok warna, pereka fesyen dan pengasas jenama Zuusaha, Nik Siti Zubaidah Sahar, 27, berkongsi lima tip ringkas menerusi segmen Fesyenista edisi kali ini.

Nik Siti Zubaidah
Nik Siti Zubaidah

5 tip gaya Pop Art

1- Suai dan padan salah satu item berwarna terang seperti baju, seluar atau skirt bersama warna lembut.

2- Pemilihan aksesori unik dan menarik juga membantu memberikan impak visual kepada si pemakai.

Artikel Berkaitan:

3- Penggayaan warna kontra yang betul salah satu kriteria dalam stail Pop Art.

4- Wanita perlu berani menggayakan helaian pakaian cetakan seperti karakter kartun.

5- Suai dan padan baju-T atau kemeja yang mempunyai imej catchy bersama item pakaian warna lain.