Bapa didakwa amang seksual anak 4 tahun

Tertuduh (dua dari kanan) diiringi anggota polis selepas kesnya disebut di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini.
A
A

KUANTAN - Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas anaknya yang berusia 4 tahun.

Tertuduh yang berusia 34 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memasukkan objek tumpul ke dalam dubur mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Felda Chini 5, Pekan, antara jam 7 malam sehingga 12 tengah malam, 2 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat, jika didapati bersalah.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes disebut semula 16 Disember depan.