Ular sawa sembunyi dalam dinding kantin

Anggota APM berjaya menangkap ular yang bersembunyi di dalam dinding stor kantin sebuah kilang di sini semalam. Gambar kanan: Dinding stor kantin sebuah kilang di sini terpaksa dipecahkan untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi dalam kejadian malam semalam.

A
A
A

RAWANG - Pekerja kantin sebuah kilang di Jalan Jasmin, Bukit Beruntung di sini terkejut dan cemas apabila menemui seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter yang bersembunyi di dalam dinding kantin tersebut.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang daripada pekerja semalam dan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor.

Pegawai Bahagian Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor, Leftenan (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menangkap ular sawa itu.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam. Pemeriksaan mendapati ular itu berada bersembunyi di dalam dinding stor kantin," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, anggota APM terpaksa memecahkan konkrit berikutan peralatan penjerut tidak dapat digunakan kerana ruang dinding terlalu sempit.

"Reptilia itu tidak bertindak agresif dan berjaya ditangkap kira-kira jam 1.50 pagi sebelum dilepaskan ke dalam hutan jauh dari penempatan penduduk," katanya.

APM menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan kantin kilang ini semalam. SUMBER: APM
APM menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan kantin kilang ini semalam. SUMBER: APM

Artikel Berkaitan: