CLIENT ONLINE SIAR SEGERA DAN POST FB: Inovasi, kreativiti bantu agensi kerajaan beri perkhidmatan terbaik

TEKS FB: Penjawat awam tidak seharusnya hanya berpuas hati dan selesa dengan pencapaian sedia ada

A
A
A
PUTRAJAYA - Inovasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah terutama berkaitan peraturan atau prosedur lama yang membantutkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Shakib Ahmad Shakir berkata, inovasi kini menjadi penanda dan kayu ukur aras baharu global yang pastinya menuntut kepada keupayaan penciptaan unik, dinamik serta berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan negara.

Menurutnya, sistem penyampaian perkhidmatan awam yang rigid, lapuk dan tidak mesra pelanggan akan menyukarkan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada agensi kerajaan.

“Sebagai penjawat awam, kita seharusnya tidak terperangkap dengan rasa puas hati dan selesa dengan pencapaian sedia ada,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Malaysia 2019 di Kompleks KKMM di sini kelmarin.

Pada majlis iu, beliau turut menyampaikan 10 anugerah sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Malaysia 2019.

Beliau berkata, kepelbagaian produk inovasi kini membuktikan bahawa budaya inovasi dan kecemerlangan terus kukuh didokong dalam diri setiap warga kerja kerajaan, khususnya KKMM.

Menurutnya, warga kerja perlu sentiasa peka dan bertindak secara inovatif dengan mengoptimumkan sumber yang ada untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penerangan, Roselindawati Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menggunakan konsep pemasaran secara bersepadu dalam memperkukuhkan peranan jabatan itu.

Katanya, pelaksanaan program secara bersama itu akan menghasilkan keputusan atau matlamat lebih jelas dan sampai kepada golongan sasar.
Artikel Berkaitan:


“Mulai tahun depan kita akan gerakan program bersama agensi atau jabatan di bawah KKMM supaya segala kemahiran dan kelebihan dapat dikongsi.

“Langkah ini selaras hasrat kementerian untuk memastikan Jabatan Penerangan Malaysia memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat yang jelas kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Idea Info On Wheel membawa tuah kepada Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Erwin Khairul Ahmad apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Pengarah Inovatif.

Erwin berkata, konsep penyampaian maklumat yang lebih berkesan perlu berubah mengikut peredaran zaman.

“Pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan WPKL akan turun ke lokasi tumpuan ramai seperti pasar, pasar malam dan pasar raya untuk menjelaskan mengenai program atau dasar kerajaan.

“Penyampaian maklumat dibuat melalui alat pembesar suara dan alhamdulillah, kita mendapat maklum balas positif,” katanya.

Erwin berkata, jabatan atau agensi kerajaan kini tidak boleh hanya duduk dan menunggu di pejabat untuk masyarakat datang mendapatkan maklumat.

“Sebaliknya kita perlu turun dan mendekati mereka, jadi apabila kita buat penyampaian maklumat secara terbuka di kawasan tumpuan ramai, pastinya sedikit sebanyak dapat menarik mereka,” katanya.

Beliau berkata, program bermula Julai lalu secara tidak langsung membantu meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada kakitangan di bawahnya.

Sementara itu, Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Jerantut, Pahang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wow Factor dan menerima wang tunai RM5,000 berserta sijil dan trofi.

Pengarah Jabatan Penerangan Pahang, Mohd Salmun Mustafa berkata, kejayaan itu didorong usaha gigih kakitangannya di  Jerantut.

KAPSYEN:

Shakib (lima dari kiri) bersama tetamu kehormat dan pemenang-pemenang anugerah pada Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Malaysia 2019 di Kompleks KKMM, Putrajaya kelmarin.

Idea Info On Wheel memberi tuah kepada Erwin yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Pengarah Inovatif pada Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Malaysia 2019 di Kompleks KKMM, Putrajaya kelmarin.