Kubur digali individu dipercayai amal perbuatan syirik

kubur
kubur
A
A
A

JAWA BARAT - Sebanyak 25 kubur di tanah perkuburan Kampung Pakemitan, Tasikmalaya, Indonesia ditemui berlubang pada bahagian kepala yang dipercayai dilakukan oleh individu yang mengamalkan perbuatan syirik.

Penjaga kubur, Anda Juanda, 54, berkata, kejadian tersebut disedari ahli keluarga yang datang menziarahi kubur tersebut Jumaat lalu.

“Ketika melakukan pengawasan di tempat tersebut, terdapat 25 kubur digali pada bahagian kepala jenazah," lapor Kompas yang memetik sumber.

Anda berkata, kubur itu seakan-akan digali dengan menggunakan tangga sahaja mencecah kedalaman kira-kira 50 sentimeter.

"Jenazah dan tengkorak tidak hilang cuma rosak pada bahagian bawah batu nisan," katanya.

kubur2
kubur2

Sehubungan itu, ahli keluarga dan orang ramai turut melakukan gotong-royong bagi membersihkan serta membina semula kubur yang rosak.

Sehingga kini, polis tidak dapat mengesan individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: