X

Kindly register in order to view this article
!

Suami layak dapat cuti bersalin tujuh hari

Gambar hiasan
A
A

SUDAH tentu cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk membentangkan kepada Kabinet syor penetapan tujuh hari cuti bersalin (paternity leave) bagi suami yang bekerja di sektor swasta mendapat sokongan seratus peratus daripada kaum lelaki khususnya golongan suami.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dilaporkan berkata, kementeriannya juga berharap ia menjadi peraturan wajib bagi dipatuhi sektor swasta sekiranya cadangan itu diluluskan sebagai undang-undang.

Ketika ini, cuti bersalin untuk bapa adalah selama tujuh hari bagi kakitangan kerajaan, manakala bagi kakitangan swasta bergantung kepada majikan masing-masing atau dipanggil cuti ihsan, biasanya satu hingga tiga hari bekerja.

Sekiranya suami perlu cuti lebih untuk menjaga isteri yang bersalin, mereka perlu menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini pernah mencadangkan agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak majikan swasta kerana jika dilaksanakan ia menyebabkan syarikat menanggung kerugian sebanyak RM157.2 juta atau RM52.4 juta sehari. Semakin lama cuti diambil, semakin banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak syarikat.

Namun menurut laporan akhbar antarabangsa, di negara seperti Norway, Sweden, Iceland dan Finland, cuti bersalin bagi kaum bapa bukanlah isu yang baru.

Negara-negara itu telah memperuntukkan tempoh cuti bersalin sekitar 14 hari serta cuti yang boleh dikongsi sehingga lebih 30 hari bagi kaum lelaki dengan pilihan polisi gaji yang fleksibel.

Pekerja lelaki di Korea Selatan pula dibenarkan mengambil cuti sehingga 10 hari selepas isteri mereka bersalin.

Di Malaysia, syarikat seperti CIMB dan IKEA Malaysia adalah antara yang terawal menawarkan cuti bersalin selama satu bulan kepada pekerja lelaki mereka untuk menjaga isteri yang bersalin.

Majikan swasta tidak perlu bimbang kerana menurut laporan majalah Time, cuti bersalin bukan saja penting bagi kesihatan mental kaum lelaki, malah ia mustahak bagi perkembangan sesebuah syarikat kerana pekerja menjadi lebih fokus.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!