Padah seludup masuk kucing gemuk dalam kabin pesawat

Galin turut berkongsi gambar bersama Viktor di dalam akaun Facebook miliknya.
Galin turut berkongsi gambar bersama Viktor di dalam akaun Facebook miliknya.
A
A
A

MOSCOW - Perbuatan seorang penumpang pesawat penerbangan Aeroflot di Rusia 'menyeludup masuk' kucing gemuk miliknya ke dalam kabin akhirnya menerima padah.

Minggu lalu, Mikhail Galin menerusi akaun Facebook miliknya menyatakan kucing itu yang digelar Viktor dianggap terlalu gemuk untuk dibawa masuk ke dalam kabin ketika ia singgah di Moscow sewaktu dalam perjalanan dari Latvia ke kediamannya di Vladivostok.

"Ketika ditimbang, berat Viktor mencecah sehingga 10 kilogram (kg) melebihi 2 kg had yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin.

Dia bagaimanapun enggan menempatkan kucing kesayangannya itu di dalam kargo.

Jadi, lelaki itu mencari kucing yang lebih ringan di Moscow dan berjaya menukar Viktor dengan spesies sama digelar Phoebe yang mempunyai berat 7kg.

Tanpa rasa bersalah, dia turut berkongsi gambar bersama Viktor yang turut menjadi 'hero segera' buat pencinta kucing di Rusia.

Aeroflot bagaimanapun tidak melihat perbuatan itu sebagai satu jenaka dan bertindak melancarkan siasatan.

Tindakan Galin menukar kucing didakwa jelas melanggar peraturan penerbangan.

Artikel Berkaitan:

"Aeroflot telah membuat keputusan untuk mengeluarkan penyertaannya dalam program penerbangan kerap dan kesemua jumlah kilometer perjalanan yang dikumpulkan sepanjang aktiviti itu akan dibatalkan," kata syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan. - AFP