X

Kindly register in order to view this article
!

Penjawat awam di Sarawak terima bonus dua bulan gaji

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg - Foto internet
A
A

KUCHING - Semua penjawat awam negeri Sarawak akan menerima bonus dua bulan gaji atau minimum RM2,000.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri berkata, bayaran bonus itu akan dibuat hujung bulan Disember.

“Kerajaan negeri Sarawak mengiktiraf sokongan serta sumbangan oleh semua penjawat awam negeri di bawah kepimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar kita, program serta projek-projek pembangunan dan juga perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Sukacita saya nyatakan di sini bahawa perkhidmatan awam Sarawak amat penting dalam memastikan bahawa projek-projek pembangunan dilaksanakan mengikut tempoh masa yang tepat,” katanya semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari berkata, perkhidmatan awam Sarawak boleh dianggap sebagai antara yang terbaik dalam negara.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus