Dana awam tidak boleh diberi kepada pertubuhan dikawal parti politik

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

CYBERJAYA - Salah satu daripada prinsip asas dalam membanteras rasuah adalah dengan tidak memberikan pembiayaan awam kepada pertubuhan- pertubuhan yang dikawal oleh parti-parti politik.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tidak ada mana-mana negara demokratik dalam dunia yang membenarkan pembiayaan awam kepada pertubuhan-pertubuhan yang dikawal parti-parti politik.

“Kepada pengundi dari kaum Cina, mereka katakan yang saya anti Cina, dan kepada pengundi kaum Melayu pula mereka katakan saya anti Melayu.

"Ia memang tidak masuk akal sama sekali,” katanya semasa ditanya mengenai kempen MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang membangkitkan soal keengganan beliau memberikan dana tahunan RM30 juta kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (Kolej TAR) yang dikawal oleh MCA.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pertubuhan-pertubuhan media tidak seharusnya menghentam kerajaan yang mengambil pendirian berprinsip, bahawa ia tidak boleh membiayai pertubuhan yang dimiliki oleh parti-parti politik.

Beliau berkata, RM30 juta telah diperuntukkan bagi Kolej TAR sekiranya MCA melepaskan kawalannya terhadap institusi itu.- Bernama

Artikel Berkaitan: