[VIDEO] Padu 'Mat Saleh' nyanyi lagu Tiada Lagi dari Amy Search

Chris Jacob berbesar hati menyanyikan lagu bertajuk Tiada Lagi nyanyian Amy Search.
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing, Grab teruja apabila menerima penumpang warganegara Romania fasih menyanyikan lagu Melayu.

Pelayar @ismail_samsuri berkongsi video durasi 38 saat itu di Twitter sebelum tular di laman sosial.

Menerusi bebenang, paling menarik, lelaki bernama Chris Jacob berbesar hati menyanyikan lagu bertajuk Tiada Lagi nyanyian Amy Search dengan sebutan yang begitu jelas tanpa pelat ditambah pula memiliki suara merdu.

Bukan itu sahaja, video itu juga menarik perhatian Chris Jacob yang tidak menyangka ia tular di Malaysia.

Kata beliau, dia berbesar hati kerana ramai menyokongnya dan akan menyanyikan beberapa lagu Melayu pada masa akan datang selain meminta warganet mencadangkan tajuk lagu yang mereka gemari.

Chris Jacob dikatakan akan menyanyikan lagi Man Bai bertajuk Kau Ilham Ku.

Difahamkan, Chris Jacob merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik malah memiliki beberapa klip video nyanyian di laman sosial.

Sehingga kini, video itu meraih 344,700 tontonan, 18,400 ulang ciap dan lebih 22,200 tanda suka dari netizen.

"Wahh pandai dia nyanyi lagu Melayau. Terbaik," @mizzfonseqa.