Kerajaan perlu pertimbang tambah kakitangan KKM

Azih ketika bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini.
Azih ketika bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan diminta mempertimbangkan sekatan penambahan bagi kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, penambahan kakitangan dalam sektor itu adalah relevan dan bertepatan dengan kehendak serta keperluan rakyat pada masa ini.

Menurutnya, terdapat banyak klinik-klinik yang baru dibina dan dibuka namun ada di antara tempat itu kekurangan kakitangan sehinggakan doktor, jururawat dan unit paramedik terpaksa bertugas di beberapa tempat dalam satu masa selain dalam tempoh yang panjang dari jam 6.30 pagi hingga jam 10 malam.

"Memang ada senarai yang mana klinik kesihatan harian ini menerima sehingga 1,000 pesakit sehari dan ia satu jumlah yang aga ramai seperti klinik kesihatan di Ipoh dan Kementerian Kesihatan mempunyai rekod itu.

"Kita harapkan kerajaan wajar melonggarkan peluang itu kepada KKM bagi mengisi perjawatan penting membabitkan lebih 10,000 jawatan penting seperti doktor, jururawat, unit paramedik serta pelbagai lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Awam Peringkat Zon Selatan 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Omar Mat Piah.

Azih (empat dari kanan) dan Omar (dua,kanan) ketika perasmian Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Awam Peringkat Zon Selatan 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.
Azih (empat dari kanan) dan Omar (dua,kanan) ketika perasmian Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Awam Peringkat Zon Selatan 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, realiti yang berlaku sekarang setiap bangunan klinik baharu telah memindah penjawat awam yang sebelum ini bekerja di hospital ke klinik sedia ada ke tempat baharu.

"Ini membuatkan kakitangan di hospital berkurangan sedangkan pesakit tidak pernah menurun dan sentiasa bertambah sama ada di hospital lama mahupun klinik baharu," katanya.

Semalam media melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berharap agar kementerian itu dikecualikan daripada sekatan terbabit.

Katanya, ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat tersebut, kekurangan itu juga bukan saja tertakluk kepada jawatan doktor bagaimanapun memerlukan perjawatan lain termasuk pegawai perubatan dan sebagainya.

"Kementerian sedang menguruskan permohonan itu bagi penambahan jawatan KKM sebanyak 10,675 jawatan tambahan namun masih belum ada keputusan muktamad daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya.