X

Kindly register in order to view this article
!

Pegawai polis maut kemalangan ketika konvoi

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan kaki. - Foto ihsan PDRM
A
A

KUANTAN - Seorang pegawai polis maut dalam kemalangan di Kilometer 51, Jalan Kuantan/ Segamat di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.05 pagi, Muhammad Hilmie Quzaimi Rosli, 26, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat trafik di Ibu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Bachok parah pada bahagian kepala dan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama konvoi kursus asas menunggang motosikal berat (KAMMB) dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor Bahru.

"Apabila tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah motosikal jenis Honda dipandu jurulatih maktab itu.

"Akibat penggeseran itu mangsa terjatuh ke dalam laluan bertentangan dan dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh warga emas sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan kaki," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, lokasi kejadian adalah di kawasan jalan yang dinaik taraf dan jalan satu lorong dua hala dengan garisan tengah berkembar.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!