Penumpang teksi maut, empat cedera nahas empat kenderaan

Dua daripada empat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di hadapan Viva City Jalan Loke Yew sebentar tadi. - Foto JBPM KL
Dua daripada empat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di hadapan Viva City Jalan Loke Yew sebentar tadi. - Foto JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Wanita warga emas, N Shanta Kumari, 72, dikenal pasti sebagai individu yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di hadapan Viva City Home Jalan Loke Yew petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, mangsa yang juga penumpang teksi disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Menurutnya, dalam kejadian 2.21 petang itu, kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan, teksi, Perodua Axia dan penunggang motosikal.

"Tayar lori bahagian kanan depan pecah menyebabkan pemandu berusia 45 tahun hilang kawalan dan melanggar kenderaan terlibat di laluan bertentangan.

"Pelanggaran itu menyebabkan pemandu teksi dan pandu Perodua Axia masing-masing cedera di bahagian kepala, kaki dan dada kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)," katanya.

Katanya, penunggang motosikal berusia 20 tahun turut cedera retak kaki sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mayat mangsa dihantar ke HUKM untuk bedah siasat, " katanya.

Artikel Berkaitan:

Pasukan bomba melakukan operasi menyelamat kepada mangsa.
Pasukan bomba melakukan operasi menyelamat kepada mangsa.