PH langgar janji sejak Mei tahun lalu: KJ

Ciapan KJ di laman mikro Twitter miliknya.
Ciapan KJ di laman mikro Twitter miliknya.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang mendakwa Malaysia Baharu telah melanggar janji manifesto mereka sejak 10 Mei 2018 lagi.

Menurut Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kerajaan PH tidak mengotakan janji mereka yang berikrar tidak akan ada lantikan politik dalam dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Tidak akan ada lantikan politik oleh PH dalam GLC.

“Malaysia Baharu, sudah langgar janji sejak 10 Mei 2018,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Artikel Berkaitan:

Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil KJ berkata demikian bagi mengulas tindakan Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berhubung lantikan dua ahli majlis tertinggi (MT) Bersatu dan seorang peguam bagi menerajui badan di bawah kementeriannya.

Terdahulu, dalam kenyataan hari ini, Rina berkata, kementeriannya mencadangkan pelantikan berkenaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia telah mendapat persetujuan.

Sehubungan itu, ahli MT Bersatu, Sukiman Sarmani dilantik sebagai Pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara), sementara seorang lagi ahli MT, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dilantik sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, Sukiman mempunyai pengalaman dalam kajian dan pembangunan, termasuklah di Offshore Oil Production EPMI, Terengganu dan Pembangunan Kualiti Air dengan Jabatan Persekitaran.

Sementara, Akhramsyah pula dikatakan merupakan pemegang ijazah Imperial College London bagi pengajian kejuruteraan kimia

"Beliau (Akhramsyah) pernah berkhidmat selama 16 tahun sebagai jurutera, perunding dan pengurus di syarikat petroleum antarabangsa," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Haniff Khatri Abdulla pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah.

Haniff yang pernah menjadi peguam Dr Mahathir merupakan sarjana undang-undang dari London School of Economics dan berpengalaman 19 tahun sebagai peguam.