Duit RM490,000 lesap, kontraktor mahu saman BSN

Plaintif (kiri) berbincang sesuatu dengan peguam, Nuzul Fitrie (tengah) selepas memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Plaintif (kiri) berbincang sesuatu dengan peguam, Nuzul Fitrie (tengah) selepas memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang kontraktor memfailkan saman berjumlah RM990,000 ke atas Bank Simpanan Nasional (BSN) selepas mendakwa duit pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN bernilai RM490,000 lesap.

Md Syukor Fairus Mohd, 32, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguam, Nuzul Fitrie Mohd Yoki dari Tetuan Rafaei & Co di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Berdasarkan tuntutan, plaintif mendakwa membuat pembelian kali pertama SSP BSN di BSN Kuala Terengganu sebanyak 5,000 unit bernilai RM50,000 pada 26 Jun 2017.

Sehingga Disember 2018, jumlah pembelian terkumpul oleh plaintif sebanyak RM490,000.

Pada awal tahun ini, plaintif mendakwa cuba membuat pengeluaran atau penebusan sijil tersebut.

Bagaimanapun plaintif mendakwa jumlah caruman didapati tiada dalam rekod akaun miliknya sebelum membuat laporan polis.

Mahkamah seterusnya menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: